Syarat MNP

Syarat-Syarat MNP (Kekal Nombor Lama) — Tukar ke ONEXOX Dari Telco Lain


PREPAID :

  1. Nombor dah digunakan lebih 30 hari (tempoh kontrak) dan masih aktif.

  2. Maklumat akaun penama / pemilik nombor mesti sama 100% seperti maklumat pendaftaran di telco asal.

  3. Tempoh sah kredit masih aktif dan boleh buat panggilan / call keluar. Jika kredit expired, minta topup sekurang-kurangnya RM5 untuk aktifkan semula tempoh sah.

    **Baki kredit yang ada dikira lupus setelah siap proses MNP (hanya nombor sahaja dipindahkan).

  4. Bila proses MNP dah dibuat, pengguna akan menerima SMS daripada telco asal untuk tujuan pengesahan port out. SMS perlu dibalas dengan segera.

  5. Proses MNP mengambil masa antara 1-5 hari waktu bekerja (bergantung pada kelulusan dari pihak telco asal).


POSTPAID :

  1. Nombor tak terikat apa-apa kontrak dengan telco asal dan akaun masih aktif. Jangan terminate akaun! Akaun yang dah terminated (tamat perkhidmatan) tak boleh digunakan lagi.

  2. Maklumat akaun penama / pemilik nombor mesti sama 100% seperti maklumat pendaftaran di telco asal.

  3. Bayar semua bil semasa termasuk tunggakan (jika ada).

  4. Pisahkan akaun jika ada nombor lain dalam akaun yang sama (supplementary line yang tak nak MNP). Tak perlu pisahkan akaun jika nak MNP kesemua nombor.

  5. Bila proses MNP dah dibuat, pengguna akan menerima SMS daripada telco asal untuk tujuan pengesahan port out. SMS perlu dibalas dengan segera.

  6. Proses MNP mengambil masa antara 1-5 hari waktu bekerja (bergantung pada kelulusan dari pihak telco asal).

Sila patuhi syarat-syarat MNP yang telah dinyatakan bagi memudahkan pengedar membuat urusan MNP dan permohonan MNP dapat diproses tanpa sebarang isu.

Proses Permohonan MNP

onexoxplan.com (Anam)

onexoxplan.com (Anam)
  • DYSD5010
  • 01132448800
  • 01132448800
  • onexoxplan
  • Facebook

Facebook