Panduan Asas ONEXOX

Selepas Menerima Simkad

  • Masukkan simkad ONEXOX ke dalam slot SIM telefon bimbit anda.
  • Dail *132# untuk semak status simkad sama ada telah "Active" atau belum.
  • Bagi pengguna yang membuat pertukaran ke ONEXOX dengan cara MNP (Kekal Nombor Lama), tunggu sehingga proses MNP siap terlebih dahulu sebelum simkad dimasukkan ke dalam slot SIM telefon bimbit anda. - (Hubungi pengedar yang membuat urusan MNP).
  • Rujuk info dalam pamplet / flyer.
  • Pastikan anda membuat tetapan 10 Nombor 'Rakan & Family' untuk nikmati kadar Panggilan & SMS yang rendah ke semua rangkaian (termasuk talian tetap TM).

Pendaftaran Akaun Self Care XOX

Anda digalakkan untuk membuat pendaftaran akaun SelfCare di website selfcare.xox.com.my

Self Care (Akaun Online) :

  • Di Selfcare anda boleh menyemak profil anda
  • Membuat semakan baki
  • Menyemak bil penggunaan anda
  • Pengurusan nombor-nombor 'Sub-Line'
  • Tambah nilai secara online melalui Maybank2U / CimbClicks / lain-lain bank

Easy Menu *150#

Easy Menu *150# memudahkan lagi penggunaan simkad ONEXOX untuk :

  • Semak baki kredit
  • Tambah Nilai / Topup
  • Langganan Internet (Pelan internet biasa / Season Pass)
  • Tetapan 10 Nombor 'Friend & Family' (FnF)
  • Pindahan Kredit

Manual Ringkas & Tambah Nilai

  • Semak baki > SMS: BAL hantar ke 22111 atau Dail *132# dan tekan 'Call'
  • Topup *132*1*PinCode16Angka# tekan CALL
  • Topup boleh didapati di 7Eleven / Stesen minyak / ePay / MOL / Selfcare / Dealer ONEXOX

Pembahagian Akaun DA & MA

  • Pembahagian akaun DA & MA adalah keterbezaan rangkaian ONEXOX dengan lain-lain telco di pasaran.
  • Jika penggunaan anda lebih kepada Call & SMS, disarankan untuk membuat tambah nilai sekurang-kurangnya RM30 atau RM50 sekaligus kerana pembahagian ke akaun DA lebih banyak dan anda akan dapat nikmati lebih penjimatan.
  • Rujuk pamplet / flyer untuk tambah nilai dan pembahagian akaun DA & MA.


Pembahagian Kredit Akaun DA - MA ONEXOX

Tetapan 10 Nombor Rakan & Famili

  • Untuk lebih penjimatan, anda digalakkan untuk membuat tetapan 10 nombor 'Rakan & Famili' ke MANA-MANA RANGKAIAN (Celcom / Maxis / Digi / Umobile / Altel / lain-lain termasuk talian tetap TM).
  • Tetapan nombor Rakan & Famili - SMS: FNF ADD 012xxxxxxx hantar ke 22111
  • Semak senarai tetapan SMS: FNF LIST hantar ke 22111
  • Hapuskan nombor tetapan SMS: FNF DEL 012xxxxxxx hantar ke 22111
  • Atau boleh juga buat tetapan FNF melalui Easy Menu *150#

Langganan Data Internet

  • Langganan pelan data internet boleh dibuat melalui Easy Menu *150#
  • Caj langganan data akan ditolak dari kredit dalam akaun MA terlebih dahulu.
  • Jika baki di akaun MA tidak mencukupi, sistem akan ambil kredit di akaun DA secara auto
  • Tunggu sehingga SMS makluman diterima.
  • Pastikan tetapan data internet dalam telefon bimbit anda telah diaktifkan dan juga Tetapan APN (Access Point Names) menggunakan nama "XOX" (sesetengah telefon bimbit tak perlu).
  • Jika gagal untuk melayari internet, cuba off & on semula telefon bimbit anda. Jika masih tidak berjaya, sila hubungi talian khidmat pelanggan 12273 untuk bantuan (24 jam).


Pelan Data Internet SEASON PASS:

ONEXOX SEASON PASS


Tahniah kerana anda bijak memilih rangkaian ONEXOX yang memberi lebih penjimatan kepada pengguna.

Kod Asas Pengguna ONEXOX

Panduan Asas Pengguna ONEXOX

onexoxplan.com (Anam)

onexoxplan.com (Anam)
  • DYSD5010
  • 01132448800
  • 01132448800
  • onexoxplan
  • Facebook

Facebook