ONEXOX Black

ONEXOX Black

Pelan ONEXOX Black

Apakah itu ONEXOX BLACK?

ONEXOX BLACK bukanlah POSTPAID mahupun PREPAID! Bukan sebuah pelan mudah alih yang biasa terdapat, malah membentuk sebuah kategori yang baharu sebagai pelan mudah alih di dalam industri telekomunikasi.

Alangkah baiknya jika kesemua data, minit dan SMS yang masih belum digunakan tidak terhapus? Jangan lihat ke mana-mana lagi kerana dengan ONEXOX BLACK, semua yang di dalam akaun BLACK akan dibawa ke hadapan selamanya!

TIADA PEMBAZIRAN!

Juga bermaksud anda boleh terus bebas melayari internet daripada mana-mana pelan ONEXOX BLACK yang dipilih TANPA perlu membuat langkah tambahan seperti untuk mengaktifkan data daripada akaun Season Pass.

Soal Jawab ONEXOX BLACK

Apakah Perbezaan di antara ONEXOX BLACK dengan Pelan Mudah Alih Konvensional yang lain?

  • TIADA PEMBAZIRAN – Kesemua data, minit dan SMS yang belum digunakan tidak akan terhapus dan akan dibawa ke hadapan SELAMANYA selagi akaun pelanggan masih AKTIF.
  • TIADA KONTRAK – Jangan risau merasa terikat! Nikmati pelan ONEXOX BLACK yang tiada kontrak.
  • 24/7 INTERNET BERKELAJUAN TINGGI – Tiada sekatan kelajuan dengan ONEXOX BLACK! Nikmati internet berkelajuan tinggi bila-bila masa 24/7 di mana jua anda berada.

Bolehkah Pelanggan Prabayar ONEXOX Sedia Ada Menaik Taraf ke Pelan BLACK?

Boleh.


Apakah Cara Bagi PELANGGAN BAHARU dan PELANGGAN SEDIA ADA untuk Melanggan ONEXOX BLACK?

Terdapat 4 jenis pendaftaran BLACK iaitu :

  • MNP (Kekal Nombor Lama)
  • Starter Pack
  • Nombor Baru
  • Change Of Business Plan (COBP)

Anda boleh dapatkan ONEXOX BLACK daripada pengedar ONEXOX.

PELANGGAN BAHARU :

Daftar ONEXOX BLACK (Pelanggan Baharu)

PELANGGAN SEDIA ADA (Tukar Pelan/COBP) :

Daftar ONEXOX BLACK (Pelanggan Sedia Ada)


Apa yang berlaku kepada 36GB PERCUMA (30GB+6GB) ke atas Pelanggan Prabayar ONEXOX sedia ada setelah bertukar ke Pelan ONEXOX BLACK?

Pelanggan prabayar ONEXOX sedia ada yang telah bertukar ke pelan ONEXOX BLACK tidak lagi menikmati 36GB PERCUMA (30GB+6GB).


Ketika pendaftaran pelan ONEXOX BLACK dibuat, pelanggan prabayar ONEXOX sedia ada dan pelanggan baharu perlu membuat bayaran pendahuluan mengikut pelan ONEXOX BLACK yang dipilih. Pelan didatangkan bersama Data, Minit Panggilan dan SMS berdasarkan pelan yang dilanggan.

Sila rujuk jadual:

PELAN BAYARAN PENDAHULUAN DATA MINIT SMS BULANAN KONTRAK
B10 RM10 1GB 20 MIN - RM10 TIADA
B39 RM39 6GB 50 MIN 50 SMS RM39 TIADA
B59 RM59 12GB 100 MIN 100 SMS RM59 TIADA


ONEXOX BLACK PLAN


Bilakah pelanggan ONEXOX BLACK akan menerima penyata BLACK sekiranya mendaftar pada 15 Januari 2018?

Pelanggan akan menerima e-penyata atau penyata bercetak (jika diminta) pada 15 Februari 2018.


Apa yang berlaku kepada item-item di dalam kaunter Season Pass pelanggan prabayar ONEXOX sedia ada setelah bertukar ke pelan ONEXOX BLACK?

Item yang akan dibawa ke akaun ONEXOX BLACK:

  • Data yang berada di dalam kaunter SEASON PASS
  • Minit yang berada di dalam kaunter SEASON PASS
  • SMS yang berada di dalam kaunter SEASON PASS
  • Loyalty Point͛
  • Kredit yang belum digunakan

Item yang tidak akan dibawa ke akaun ONEXOX BLACK:

  • Tempoh sah
  • SMS Percuma
  • Data yang telah diaktifkan

Berapa banyakkah data yang akan dipindahkan ke akaun ONEXOX BLACK setelah pelanggan prabayar ONEXOX sedia ada berjaya menaiktaraf?

Maksimum 100GB

  • Contoh, sekiranya pelanggan prabayar ONEXOX sedia ada mempunyai 200GB di dalam kaunter SEASON PASS, hanya 100GB sahaja yang akan dipindahkan ke dalam akaun ONEXOX BLACKnya.

Berapa banyakkah data yang boleh dibawa dan dikumpulkan dibulan hadapan oleh pelanggan ONEXOX BLACK?

Maksimum 100GB


Apakah yang berlaku sekiranya pelanggan ONEXOX BLACK telah menggunakan kesemua data, minit dan SMS di dalam akaun ONEXOX BLACKnya?

  • Untuk minit, penggunaan dikira berdasarkan kadar ͚pay per use͛ di mana pelanggan akan dicaj RM0.15/minit mengikut blok 30 saat (7 sen untuk 30 saat pertama dan 8 sen untuk 30 saat kedua) dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya. Dengan syarat yang sama, pelanggan ONEXOX BLACK juga boleh memilih untuk membeli promosi ͚Happy Hour͛ (333 minit @ RM30) atau pakej minit Season Pass (999 minit @ RM90) atau pakej kombo Season Pass (10GB + 333 minit @ RM80 dan 20GB + 333 minit @ RM130).
  • Untuk SMS, penggunaan dikira berdasarkan kadar ͚pay per use͛ di mana pelanggan akan dicaj RM0.10 bagi setiap SMS dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya.
  • Untuk data, tiada kadar ͚pay per use͛ dikenakan. Pelanggan boleh mendapatkan data tambahan dengan membeli promosi ͚Happy Hour͛ atau mana-mana pakej Season Pass dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya dan jumlah GB di dalam akaunnya tidak melebihi 100GB setelah pembelian dibuat. Data yang dibeli akan tersimpan di dalam akaun ONEXOX BLACK dan pelanggan boleh terus menikmati internet tanpa perlu mengaktifkan langganan data terlebih dahulu.

Adakah terdapat penyata bulanan dalam bentuk salinan digital atau bercetak kepada pelanggan ONEXOX BLACK?

  • Penyata bulanan salinan digital akan dihantar ke email yang telah didaftarkan tanpa bayaran.
  • Penyata bulanan bercetak juga boleh diminta dengan kadar RM5 setiap bulan. Sila pastikan alamat surat menyurat yang diberikan adalah tepat.

Bolehkah pelanggan ONEXOX BLACK menukar pelan yang dilanggan dengan mana-mana pelan ONEXOX BLACK yang lain?

Ya. Pelanggan boleh menukar pelan yang dilanggan dengan menghubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di talian 12273. Pelanggan mesti juga memastikan akaunnya tidak mempunyai apa-apa amaun yang tertunggak.


Bagaimana caranya untuk pelanggan ONEXOX BLACK membuat pembayaran?

  • Pembayaran Online: - Self Care
  • Berkunjung ke mana-mana pusat perkhidmatan ONEXOX
  • Pembayaran debit terus: Hubungi 12273 atau berkunjung ke mana-mana pusat perkhidmatan ONEXOX: - Pendaftaran memerlukan dokumen seperti Salinan Kad Pengenalan / Passport - Borang Kebenaran (terdapat di pusat perkhidmatan ONEXOX)
  • Pembelian baucar tambah nilai di:

ONEXOX BLACK Tambah Nilai


Bolehkah pelanggan ONEXOX BLACK menggunakan data, minit dan SMS daripada kaunter ONEXOX BLACK sewaktu akaunnya digantung atau disekat?

Tidak. Pelanggan tidak boleh menggunakan sebarang data, minit dan SMS sewaktu akaunnya digantung atau disekat.

  • Digantung: Hanya boleh menerima panggilan dan SMS
  • Disekat: Tiada sebarang aktiviti dibolehkan.

Menukar semula ke pelan prabayar ONEXOX pada bila-bila masa.

Pelanggan ONEXOX BLACK boleh menukar semula ke pelan prabayar ONEXOX dengan nombor yang sama

  • Walau bagaimanapun, kesemua item (kredit, data, minit, SMS dan ͚loyalty point͛) yang terdapat di dalam akaun ONEXOX BLACK tidak akan dipindahkan ke akaun prabayar ONEXOX.
  • Pelanggan mesti memastikan tiada sebarang amaun yang tertunggak sebelum memohon penukaran semula ke pelan prabayar ONEXOX.


Dapatkan ONEXOX BLACK Daripada Pengedar Sah ONEXOX Sekarang!

Hubungi Pengedar ONEXOX BLACK

onexoxplan.com (Anam)

onexoxplan.com (Anam)
  • DYSD5010
  • 01132448800
  • 01132448800
  • onexoxplan
  • Facebook

Facebook